JPBB Bintulu Aktif Laksana Pelbagai Langkah Tangani Penularan COVID-19

KHAMIS, 20 MEI 2021

BINTULU: Seramai 148,635 iaitu kira-kira 76 peratus individu di Bahagian Bintulu telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sehingga 17 Mei 2021. 

Jumlah ini dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat dalam sesi Taklimat Khas Situasi Pandemik COVID-19 di Bahagian Bintulu pada Rabu. 

Jelas beliau lagi, daripada jumlah itu 105,897 mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera manakala 42,738 lagi mendaftar secara manual. 

Sehingga kini, sebanyak tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka di Bahagian Bintulu dan satu lagi masih belum dibuka  antaranya Dewan Sukan Tatau, bagi Daerah Tatau (Kapasiti 400/ sehari), Dewan Sri Kenyalang UPM, Bintulu, bagi Daerah Bintulu (Kapasiti 1200/ sehari), Balai Raya Sebauh bagi Daerah Sebauh (Kapasiti 400/ sehari) dan Auditorium BDA, Wisma Bintulu (Kapasiti 400/sehari) yang kini masih belum dibuka.

JPBB Bintulu turut menyediakan Pelan Program Vaksinasi di kawasan pedalaman di Bahagian Bintulu melalui Flying Doctor Servis (FDS), Rural Clinic Visiting Doctor (RCVD) dan By Boad dengan anggaran populasi yang divaksin di kawasan pedalaman seramai 13,410 orang.

Beliau yang juga Residen Bahagian Bintulu, turut memaklumkan terdapat 48 buah stesen kuarantin (hotel) dengan jumlah bilik ialah 2,052 kepada Person Under Surveillance (PUS) dan kontak rapat, yang telah didiami sebanyak 86 peratus setakat ini

Manakala, sebanyak 6 buah dewan dan 4 buah hotel dengan 1,520 katil telah dijadikan tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Mengenai Makmal Ujian Saringan COVID-19, kapasiti di Hospital Bintulu dalam lingkungan 600 hingga 800 ujian sehari dan Pejabat Kesihatan Bahagian dalam 800 hingga 1,000 ujian sehari. 

Jack Aman turut memaklumkan langkah proaktif JPBB Bintulu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan, Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19, Perintah Sekatan Pergerakan, Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Operasi Pematuhan SOP. 

Sehingga kini, sebanyak 185 ACD dan 35 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan 150 lagi telah tamat. 

Sebanyak 22 SJR dan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP masih beroperasi di Bahagian Bintulu.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, Menteri Utiliti Sarawak Menteri Bertanggungjawab JPBB Bintulu Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China yang juga Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Amar Jaul Samion. -EDISI UKAS

Share

add comment