Kampung Long Napir Dinaiki Air, Paras Air Sungai Medihit Naik

KHAMIS, 20 MEI 2021

LONG NAPIR: Hujan yang turun berkala di sepanjang minggu telah menyebabkan paras air sungai naik telah membanjiri beberapa rumah kediaman penduduk di Kampung Long Napir pada Khamis.

Berdasarkan informasi daripada penduduk setempat, sebanyak 10 buah rumah yang berada di kawasan rendah telah terjejas dan air memasuki rumah mereka. 

Selain itu, paras air Sungai Medihit turut naik dan deras yang merbahaya jika dilalui.

Penduduk kampung telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpindah buat sementara waktu ke rumah saudara-mara yang tinggal di kawasan yang tinggi dan tidak terjejas.

Kejadian ini telah dimaklumkan ketua kampung kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang, dan Pusat Khidmat ADUN untuk tindakan seterusnya. 

JPBB Limbang telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan keperluan seperti membuka Pusat Pemindahaan Sementara (PPS). 

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -EDISI UKAS

Share

add comment