Kawasan Daerah Kecil Bario Dilanda Banjir

KHAMIS, 20 MEI 2021

BARIO: Beberapa buah jalan dan rumah penduduk telah dinaiki air di Dataran Tinggi Bario pada Khamis. 

Keadaaan berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak Rabu dan mengakibatkan banjir kilat. 

Sehingga kini, air masih naik dan deras terutamanya di Pa’ Lungan dan juga Pa’ Umor. 

Bagaimanapun, keadaan banjir terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -EDISI UKAS

Share

add comment