Kerajaan Sarawak Sumbang Geran RM100,000 Kepada SMK Chung Hua Miri

KHAMIS, 20 MEI 2021

MIRI: Kerajaan Sarawak memberikan geran berjumlah RM100,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri. 

Geran telah disampaikan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin kepada Pengetua SMK Chung Hua Miri Albert Ong pada Khamis. 

Pada tahun ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan geran khas berjumlah RM1 juta kepada 10 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsan Cina di negeri ini. 

Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam membantu membangunkan sekolah-sekolah di negeri ini khususnya dalam bidang teknologi dan digital.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada SMK Chung Hua Miri yang berjaya menjuarai pertandingan World Robot Olympiad (WRO) pada tahun lepas selepas memenangi dua emas, dua perak dan dua gangsa. -EDISI UKAS

Share

add comment