KHAMIS, 20 MEI 2021
LAWAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Daerah Lawas telah bekerjasama menghasilkan risalah yang mengandungi info COVID-19 untuk diagihkan kepada orang ramai.
Risalah Info COVID-19 terbitan KKM dengan kerjasama JAKIM, Lawas telah disampaikan Pengarah Kampus Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Lawas Sheikh Hadzrei Adam Seberi kepada Pengarah Hospital Daerah Lawas Dr Faridah Nazahiya di ILIM Kampus Lawas, JAKIM pada Rabu.
Risalah ini akan diedarkan kepada masyarakat di Daerah Lawas dengan kandungannya berkaitan dengan tips pencegahan COVID-19.
Ini termasuklah penerangan mengenai virus COVID-19, cara jangkitan dan golongan yang berisiko serta cara-cara agar terhindar daripada dijangkiti virus tersebut selain maklumat panduan kepada mereka yang telah dijangkiti COVID-19. -EDISI UKAS