Manfaatkan Geran MRP Dengan Bijak-ADUN Meradong

KHAMIS, 20 MEI 2021

BINTANGOR: Penerima geran projek kecil luar bandar (MRP) dinasihatkan memanfaatkan peruntukan itu dengan bijak susulan keadaan penularan pandemik COVID-19 masih belum reda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penerima tidak digalakkan menganjurkan program seperti kebiasaannya memandangkan daerah Meradong masih dalam zon merah.

Ujarnya, mereka perlu bijak agar peruntukan tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa majlis ringkas penyerahan geran MRP kepada 17 persatuan di DUN Meradong pada Khamis.

Geran berjumlah RM96,000 itu diserahkan kepada persatuan, sekolah, gereja dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dalam pada itu Datuk Ding turut memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memainkan peranan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di daerah Meradong.-EDISI UKAS

Share

add comment