MBM Perjelaskan Operasi Penangkapan Anjing Liar Di Taman Tunku

KHAMIS, 20 MEI 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi penangkapan anjing liar dengan  menggunakan ubat penenang dan cara yang berperikemanusiaan.

Unit Penangkapan Anjing MBM telah menjalankan operasi penangkapan anjing liar di tempat letak kereta berhampiran Boulevard Trading di Taman Tunku pada Isnin.

Ini selepas MBM menerima aduan daripada orang ramai berkenaan anjing liar yang berklliaran dan ini dilakukan di bawah arahan Kementerian Tempatan Kerajaan dan Perumahan sebagai sebahagian daripada pencegahan virus Rabies

MBM dalam kenyataan media pada Khamis berkata, semasa operasi tersebut sebanyak lima ekor anjing liar disuntik dengan ubat penenang. 

“Daripada jumlah itu, empat ekor anjing liar telah terketar-ketar, sementara seekor anjing liar yang dikenali Xiao Bai berjaya melarikan diri.

“Bagaimanapun, Xiao Bai kemudian ditemui mati dan punca disebabkan oleh daya tahannya yang lemah terhadap ubat penenang tersebut. 

“Pemilik Xiao Bai mengakui dia telah menerima notis bertulis terlebih dahulu yang memaklumkan kepadanya untuk mendapatkan lesen untuk dua ekor anjingnya dan menyimpannya di dalam perkarangannya,” katanya. 

MBM berasa kesal atas kehilangan nyawa yang dapat dicegah walaupun MBM menjalankan tugasnya untuk menjaga keselamatan dan nyawa orang Miri.

Tambah kenyataaan itu lagi, MBM berulang kali mengingatkan pemilik anjing bahawa mereka mesti mendapatkan lesen dan memvaksinasi anjing mereka, dan menjaga anjing mereka di dalam kawasan mereka sendiri. 

Ini untuk melindungi diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka dan orang awam sekiranya anjing mereka dijangkiti ketika berkeliaran di luar. -EDISI UKAS

Share

add comment