Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Teruskan Penguatkuasaan Pematuhan SOP Diperketkan PKPB

KHAMIS, 20 MEI 2021 

BINTULU: Sebuah syarikat baik pulih kapal yang terletak di kawasan Perindustrian Sungai Nyigu telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari 20 Mei hingga 2 Jun 2021.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung, penutupan premis itu ditutup ekoran terdapatnya kes positif COVID-19 di kalangan pekerja premis berkenaan pada Rabu dan Khamis.

Sebuah syarikat baik pulih kapal yang terletak di kawasan Perindustrian Sungai Nyigu telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati mengulangi kesalahan sama iaitu gagal mematuhi SOP Diperketatkan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) yang hanya membenarkan 30 peratus pekerja turun bekerja.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung, pemeriksaan ini dilakukan selepas menerima aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan SOP Diperketatkan PKPB.

“Perjumpaan kali ini masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu kesalahan mempunyai kapasiti pekerja melebihi 30 peratus  dengan 70 peratus bekerja di rumah dan 30 peratus bekerja di premis. 

“Pihak premis tidak mematuhi SOP tersebut dan kita telah menawarkan kompaun RM10,000 ke atas pemilik premis. 

“Kesalahan ini merupakan kesalahan kedua, maka tiada pengurangan untuk kesalahan tersebut,” katanya semasa ditemui selepas mengetuai Operasi Pematuhan SOP PKPB SOP Diperketatkan pada Khamis. 

Tambah Dr Melvin lagi, dalam operasi itu didapati dua orang pekerja yang didapati tidak mematuhi SOP dengan tidak mendaftar di MySejahtera. Seorang merupakan warganegara Malaysia dan seorang lagi bukan warganegara asing

“Untuk warganegara Malaysia kita akan tawarkan kompaun RM1,500 dan warganegara asing kita akan dakwa di mahkamah.

“Premis ini akan ditutup disebabkan ada dua kes positif yang disahkan pada hari ini (Khamis) dan semalam (Rabu). 

“Kita akan buat penutupan selama 14 hari dengan dua kali ujian calitan hari kedua dan hari kesepuluh ke atas semua staf,” tambahnya. 

Sementara itu, menjawab soalan media mengenai ada majikan yang tidak tahu mengenai pelanjutan SOP Diperketatkan PKPB di Bahagian Bintulu, Dr Melvin memberitahu ini tanggungjawab majikan 

“Saya rasa ini tanggungjawab majikan sendiri. 

“Mereka tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak peka dengan SOP-SOP terkini sebab kita telah bekerja rapat dengan pihak UKAS dan media sosial yang lain dan juga melalui agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Residen boleh dapati SOP terkini,” ujarnya. 

Hadir sama Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Azlan Arif Bin Bolen dan wakil dari Penguatkuasa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Bintulu dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). -EDISI UKAS