Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Bagi Fasa Kedua Tunjukkan Peningkatan

KHAMIS, 20 MEI 2021

KUCHING: Pelaksanaan bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan dengan lancar di Stadium Perpaduan Kuching.

Demikian menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, dalam kenyataannya di laman Facebook setelah menemani ibunya mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19, pada Rabu.

Katanya, perubahan susun atur di stadium tersebut menunjukkan peningkatan dan kelihatan lebih terperinci serta terkawal berbanding pelaksanaan fasa pertama pada April lepas.

Jelas Dr Sim lagi, peningkatan tersebut membantu meningkatkan jumlah vaksinasi, disamping memudahkan proses pengambilan vaksin dilaksanakan mengikut perancangan.

Oleh itu secara peribadi, beliau amat berpuas hati melihat hasil kerja berpasukan serta semangat profesionalisme yang hebat, diketuai oleh Dr Majorie dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. -EDISI UKAS

 

Share

add comment