Pusat Khidmat Parlimen Baram Ringankan Beban Penduduk Agih Bantuan Makanan

KHAMIS, 20 MEI 2021

BARAM: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau mengambil inisiatif menghantar bantuan bakul makanan kepada penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman. 

Sebanyak 105 bungkusan makanan yang terdiri daripada beras dan barangan keperluan harian diedarkan ke enam buah kampung iaitu Long Puah, Long Selapun/Long Pala, Long Beret, Long Nuah, Long Aton dan Long Sengung. 

Penghantaran bantuan makanan ini dilakukan Pusat Khidmat Parlimen Baram ke enam buah kampung dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda di kawasan Akah dan Tinjar pada Selasa. 

Menurut wakil Pusat Khidmat Parlimen Baram Samuel Iwat, sumbangan makanan ini sumbangan biasa kepada penduduk pedalaman memandangkan terdapatnya kesukaran untuk penduduk keluar ke bandar pada masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). -EDISI UKAS

Share

add comment