Tempahan Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela Untuk Rakyat Sarawak Bermula 23 Mei Ini

KHAMIS, 20 MEI 2021

KUCHING: Tempahan untuk mendapatkan vaksin Astrazeneca secara sukarela akan dibuka kepada penduduk Sarawak mulai 23 Mei 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, vaksin tersebut ditawarkan secara ‘siapa cepat, dia dapat’ melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.

“Ia dibuka untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas

“AstraZeneca ini juga akan diadakan dalam program berasingan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) KL” katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Rabu.

Sementara itu, Dr Sim memberitahu Sarawak memiliki kemampuan yang pantas dalam meningkatkan pemberian vaksin hingga 80,000 vaksinasi sehari dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta.

Selain itu juga beliau yakin bahawa Sarawak juga akan berjaya melengkapkan vaksinasi kepada semua rakyat yang layak menjelang Ogos tahun ini sekiranya tiada gangguan bekalan vaksin.-EDISI UKAS

Share

add comment