14 NGO Di DUN Bukit Semuja Terima Geran MRP

JUMAAT, 21 MEI 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 14 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Bukit Semuja pada Jumaat.

Peruntukan berjumlah RM150,000 itu bertujuan bagi pelaksanaan program dan aktiviti NGO terbabit sepanjang tahun 2021.

Antara penerima cek tersebut ialah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Lebor yang menerima RM30,000 dan JKK Kampung Koran Mawang RM20,000.

Sementara itu, JKK Kampung Hulu, JKK Kampung Senyabah, JKK Kampung Bunga Raya, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Kakai, JKK Kampung Selabi Plaman, Persatuan Kaum Wanita (Ladies Guild) Kampung Kakai, Serian FA dan Persatuan Iban Remun Serian masing-masing menerima RM10,000.

Manakala masing-masing RM5,000 peruntukan bagi JKK Kampung Triboh, JKK Kampung Merang Bedup, Kelab LANDAS Serian dan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak.

Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga penyerahan geran MRP DUN Bukit Semuja pada tahun ini.-EDISI UKAS

Share

add comment