16 PIBG Sekolah Rendah, Menengah Di DUN Layar Terima Cek MRP

JUMAAT, 21 MEI 2021

BETONG: Sebanyak 11 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan lima sekolah menengah dalam kawasan Betong khasnya dalam DUN Layar menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM190,000.

Cek berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu kepada PIBG sekolah-sekolah berkenaan pada Jumaat.

Senarai sekolah yang menerima geran berkenaan adalah SK Nanga Lawih, SK Nanga Spak, SK St Mark, SK St Peter & St Paul, SK St Bartholomew, SK Nanga Ajau, SK Nanga Passa, SK Abang Abdul Kadir, SK St Augustine Betong, SJKC Chung Hua Betong, SK Saka, SMK Ulu Layar, SMK St Augustine Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit, Kolej Vokasional Betong dan MRSM Betong.

Majlis penyerahan cek diadakan secara ringkas dengan mematuhi garis panduan (SOP) ditetapkan.

Sementara itu, para wakil dari setiap sekolah merakamkan penghargaan kepada ADUN Layar kerana telah memperuntukkan dana untuk PIBG mereka bagi meneruskan pelaksanaan aktiviti dan beberapa keperluan di sekolah.

Dalam program bersaingan, Gerald berkesempatan melakukan tinjauan di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) Simpang Betong bersama-sama dengan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong.

Lawatan itu bertujuan meninjau keadaaan pasukan SJR di kawasan tersebut bagi melihat sendiri sekiranya terdapat kekurangan dan kekangan di dalam operasi mereka.

Ia turut disertai Residen Bahagian Betong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong, Friday Belik dan Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Johnny Pangkas. – EDISI UKAS

Share

add comment