22 JKKK Di DUN Meradong Terima Geran

JUMAAT, 21 MEI 2021

BINTANGOR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran bernilai RM47,500 kepada 22 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang dan kampung Melayu di sini pada Khamis.

Dalam majlis tersebut beliau menasihati agar setiap JKKK membelanjakan peruntukan yang diberikan dengan amanah dan telus.

“Selain itu, tuai rumah dan ketua Kampung Melayu Bintangor hendaklah sentiasa memantau keadaan rumah panjang, kampung serta anak-anak buah bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa dipelihara dan dilindungi. 

“Saya berharap para tuai rumah sentiasa memastikan semua penduduk rumah panjang meraikan secara sederhana sahaja bersama ahli keluarga,” katanya.

Program terbabit diadakan secara ringkas berikutan daerah tersebut masih dikategorikan sebagai zon merah.-EDISI UKAS

Share

add comment