306 Individu Lagi Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di PPV Bau

JUMAAT, 21 MEI 2021

BAU: Seramai 306 individu lagi telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Bau pada Jumaat.

Para penerima adalah melibatkan warga emas, golongan berisiko dan petugas barisan hadapan yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua itu telah bermula dari pukul 8 pagi hingga 3 petang bertempat di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.

Program tersebut dikendalikan oleh petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau, Klinik Kesihatan (KK) Singai, KK Serasot, KK Krokong, KK Siniawan, KK Ibu dan Anak Bau serta Pusat Kuarantin Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment