65 KIR Kampung Stunggang Melayu Baru Lundu Jalani Kuarantin Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 21 MEI 2021

LUNDU: Sebanyak 65 Ketua Isi Rumah (KIR) yang sedang dikuarantin di Kampung Stunggang Melayu Baru Lundu menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu pada Khamis.

Sumbangan makanan dan minuman asas diberikan secara ‘one-off’  dan dihantar ke setiap rumah yang tersenarai menjalani kuarantin melalui Pejabat Daerah Lundu.

Datuk Amar Jamilah dalam pada itu menyarankan penduduk Lundu untuk kekal berada di rumah jika tiada keperluan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan walaupun Daerah Lundu telah bertukar kepada zon jingga daripada zon merah.

“Jaga diri dan keluarga serta komuniti setempat agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19.

“Pastikan setiap keluarga telah mendaftarkan diri untuk divaksin melalui aplikasi MySejahtera atau pergi ke Pejabat Daerah Lundu,” katanya. – EDISI UKAS

Share

add comment