78 Mangsa Dari 20 Buah Keluarga Ditempatkan Di PPS SJK Chung Hua Trusan

JUMAAT, 21 MEI 2021

SUNDAR: Banjir yang berlaku ketika ini telah menyebabkan beberapa buah kampung di kawasan Sundar dinaiki air. 

Keadaan air sungai naik dan hujan berterusan telah mengakibatkan kediaman penduduk dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir ialah Kampung Lubok Abai, Kampung Long Tukon, Kampung Balai, Kampung gelapas, Kampung Senduyun, Kampung Lubuk Betong, Kampung Masjid dan Kampung Tengah. 

Ini telah menyebabkan 78 mangsa dari 20 buah keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan pada Khamis. 

Sehingga petang Khamis, sebanyak tiga buah PPS telah dibuka untuk kawasan Trusan dan Sundar. -EDISI UKAS

Share

add comment