JUMAAT, 21 MEI 2021
MATU: Seramai 96 orang kakitangan Jabatan Pendidikan dan para guru di sekitar Matu dan Daro menerima vaksin COVID-19 dos pertama pada Khamis.
Program yang diadakan di Dewan Suarah Matu itu selesai lebih awal dari hari sebelumnya dan berjalan lancar dengan penglibatan sukarelawan daripada pelbagai agensi.
Majoriti para pendidik yang ditemui berasa teruja kerana suntikan vaksin memberikan lebih keyakinan kepada mereka untuk menjalankan tugas ketika berhadapan dengan orang ramai.-EDISI UKAS