ADUN Batu Danau Tinjau Mangsa Banjir Di PPS Dewan Medamit

JUMAAT, 21 MEI 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang turun padang dan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Pemindahan Sementara (PPS) pada Khamis. 

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh  Pemangku Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, anggota Bomba dan Penyelamat dan pegawai perubatan berhubung dengan persediaan dan persiapan di PPS Dewan Medamit.

PPS Dewan Medamit ini baru sahaja dibuka dan beroperasi dengan kerja-kerja menyusun atur peralatan sedang giat dilaksanakan yang dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang, Klinik Kesihatan Medamit, Pejabat Daerah Limbang dan Pejabat Daerah Kecil Medamit. 

Penyediaan dan operasi di PPS Dewan Medamit ini adalah untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan hand sanitizer. 

Selain itu, pihak Pejabat Kesihatan menitikberatkan kualiti kebersihan di PPS Dewan Medamit. 

Paulus turut meninjau keadaan jalan raya di Pekan Hujung Medamit yang tidak dapat dilalui kenderaan kecil kerana paras air yang mulai naik ke paras satu kaki dan meninjau Jeti Ukong yang air sungai deras mengalir dan memberbahaya bagi bot-bot kecil. -EDISI UKAS

Share

add comment