ADUN Lingga Sumbang Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Panjang Brandah, Tanjung Rirang

JUMAAT, 21 MEI 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menghulurkan bantuan makanan asas kepada keluarga di Rumah Panjang Brandah, Tanjung Rirang, Simanggang pada Khamis.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga terbabit yang terkesan setelah dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 18 Mei sehingga 31 Mei 2021.

Sementara itu, Simoi berharap penghuni rumah panjang tersebut bersabar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi menjaga diri dan keluarga.

Hadir sama Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Mohd Yusop Lugom, Naib Ketua Cawangan PBB Lingga Kr Kunjang Nanang serta AJK Cawangan PBB Lingga, Kr Baktiah Mathan dan Tr Augustine Nanta Kudang.-EDISI UKAS

Share

add comment