Ahli Parlimen Hulu Rajang Lawat Pejabat Daerah Sebauh

JUMAAT, 21 MEI 2021

SEBAUH: Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sebauh pada Khamis. 

Lawatan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat perkembangan di kawasan Tubau di Daerah Sebauh yang merupakan sebahagian daripada kawasan dalam Parlimen Hulu Rajang. 

Beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi mengenai perkembangan kes COVID-19 dan program  penvaksinan untuk Daerah Sebauh, status pelantikan tuai rumah bagi kawasan Tubau dan perkembangan pembangunan di kawasan tersebut.

Pada lawatan itu, beliau telah menyampaikan cek berjumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Kebajikan Rekreasi dan Sosial Pejabat Daerah Sebauh (JKRS) untuk mengadakan aktiviti tahunan. -EDISI UKAS