Banjir Di Kawasan Daerah Kecil Mulu Jejaskan Penempatan Dan Kawasan Pelancongan

JUMAAT, 21 MEI 2021

MULU: Banjir di kawasan Daerah Kecil Mulu telah menyebabkan beberapa buah rumah di tenggalami air termasuk kawasan pelancongan Taman Negara Mulu dan Hotel Mulu Marriot and Spa. 

Sehingga petang Khamis, keadaan air masih lagi naik dan menyebabkan air sungai Melinau naik dan deras. 

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir ialah Kampung Melinau, Kampung Batu Bungan, Klinik Kesihatan Mulu, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Pejabat Daerah Kecil Mulu, dan Gereja BEM Batu Bungan. 

Pasukan Bomba Bantuan MOCSAR Mulu turut membantu penduduk di daerah ini selain membuat pemantauan secara berkala. 

Turut serta juga pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah Kecil Mulu bagi membantu penduduk memindahkan barang mereka ke tempat yang lebih tinggi dan memastikan keselamatan serta keadaan penduduk di sini tidak terjejas. -EDISI UKAS