JUMAAT, 21 MEI 2021
BARAM: Keadaan hujan berterusan dan air sungai naik menyebabkan kawasan di Ulu Baram turut dilanda banjir pada Khamis.
Ini telah menyebabkan beberapa buah kampung yang terletak di pinggir Sungai Baram dan Sungai Apoh mula dinaiki air.
Menurut Ketua Kampung Long Laput Paul Paren, rumah panjang mereka di Long Lapur mula dinaiki air sedalam 3 hingga 4 kaki di bahagian belakang rumah panjang dan sekitar 2 hingga 3 kaki di bahagian ruai rumah panjang.
Setakat ini penduduk terus diarah untuk berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan buruk yang berlaku. -EDISI UKAS