JUMAAT, 21 MEI 2021
LONG LAMA: Banjir yang berlaku kali ini antara yang paling besar pernah dialami penduduk di kawasan Baram sejak fenomena yang sama pada lewat tahun 1970an.
Pada Khamis, banjir yang berlaku telah menyebabkan beberapa buah rumah telah dinaiki air dan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda berikutan peningkatan air yang cepat.
Keadaan hujan yang berterusan telah memburukkan lagi keadaan hingga menyebabkan paras air sungai naik.
Ketinggian air di hadapan kuaters kediaman kakitangan kerajaan di Long Lama dianggarkan sedalam 7 kaki dan telah menghadkan pergerakan. -EDISI UKAS