Datu Len Tinjau Projek Naiktaraf Jalan Sebayang/Tusok

JUMAAT, 21 MEI 2021

BELAWAI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh telah meninjau projek menaiktaraf jalan Sebayang/Tusok yang telah siap sepenuhnya, pada Jumaat

Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2019 itu melibatkan kerja-kerja menurap jalan sepanjang 700 meter.

Datu Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, menjelaskan harga asal projek ialah RM700,000 namun selepas sebutharga dibuka, nilai sebenar projek ialah RM580,000 dan selebihnya akan digunakan untuk melaksanakan projek lain.

Dalam pada itu, beliau menambah, pelaksanaan projek tersebut yang memberi manfaat kepada lebih 200 orang penduduk membuktikan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak membangunkan kemudahan asas untuk rakyat terutamanya di luar bandar.

Ujarnya, kerjasama semua termasuk pemimpin akar umbi dan penduduk amat penting untuk memastikan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dan berterusan.-EDISI UKAS

Share

add comment