Dua Tempat Di Sri Aman Dicadang Jadi PKRC

JUMAAT, 21 MEI 2021

SRI AMAN: Bagi meningkatkan keselesaan pesakit COVID-19 yang dirawat khususnya di Sri Aman, beberapa dewan telah dicadangkan untuk dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Antara yang dicadangkan untuk menjadi pusat kuarantin adalah Dewan Serbaguna Taman Harmoni Sri Aman yang mana dewan itu diperbuat daripada simen dan boleh digunakan apabila dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan.

Selain itu, Dewan Suarah Sri Aman juga telah dicadangkan sebagai Pusat Kuarantin Sri Aman sekiranya cadangan yang pertama tidak memenuhi kehendak pihak Kementerian Kesihatan Bahagian Sri Aman.-EDISI UKAS

Share

add comment