Jawatankuasa Surau Darul Iman Kampung Hulu Tebelu Laksana Solat Hajat Hindari Penularan COVID-19 Dan Untuk Palestin

JUMAAT, 21 MEI 2021

SEBUYAU: Majlis Agama Islam Sarawak telah menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini untuk melaksanakan solat hajat selepas menunaikan solat fardu Maghrib.

Jawatankuasa Surau Darul Iman Kampung Hulu Tebelu juga turut menyambut saranan untuk mengadakan solat hajat tersebut pada malam Khamis.

Solat hajat tersebut bertujuan bagi memohon perlindungan dihindari daripada penularan wabak COVID-19 yang masih serius serta mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin.-EDISI UKAS

Share

add comment