KM Sarawak Hadiri Majlis Solat Hajat

JUMAAT, 21 MEI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri majlis solat hajat khas memohon perlindungan dan keselamatan daripada wabak COVID-19 bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada malam Khamis.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti solat sunat hajat dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin dan diakhiri dengan solat isyak secara berjemaah.

Hadir sama, Menteri Muda Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.-EDISI UKAS

Share

add comment