Operasi Sanitasi Pejabat Daerah Simunjan

JUMAAT, 21 MEI 2021

SIMUNJAN : Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan telah melakukan operasi sanitasi di Pejabat Daaerah Simunjan, bermula jam 9.30 pagi pada Jumaat.

Operasi tersebut dilakukan sebagai langkah pencegahan serta pengawalan penularan COVID-19 memandangkan Pejabat Daerah Simunjan merupakan kawasan tumpuan orang awam.

Dengan kekuatan dua orang anggota Bomba, proses berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. -EDISI UKAS

Share

add comment