Penambahan 40 Katil Di PKRC Stadium Tertutup Sri Aman

JUMAAT, 21 MEI 2021

SRI AMAN : Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis hadir menyerahkan sumbangan 40 katil beserta tilam dan bantal untuk kegunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Stadium Tertutup Sri Aman pada Khamis.

Pemberian tersebut bertujuan menambah kemudahan sedia ada memandangkan jangkaan bilangan pesakit dijangkiti COVID-19 berisiko rendah yang akan dikuarantin semakin meningkat hari demi hari.

Dalam pada itu, Datuk Francis berpuas hati dengan pengoperasian di PKRC tersebut dan mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pesakit yang dikuarantin agar para petugas terus cekal dan tabah menjalankan tanggungjawab mereka. -EDISI UKAS

Share

add comment