Penutupan Jalan Lorong Kampung Triso, Maludam

JUMAAT, 21 MEI 2021

MALUDAM: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Triso pada Khamis telah bertindak menutup beberapa jalan lorong masuk ke kampung tersebut.

Inisiatif tersebut dilakukan bagi mengawal pergerakan dan membendung pihak luar untuk masuk ke kampung tersebut dengan membuka lorong di jalan utama sahaja sebagai laluan masuk.

Ia terpaksa dilakukan oleh JKKK kampung terbabit sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi penduduk kampung susulan kes positif COVID-19 belum menampakkan penurunan khususnya di Sarawak.-EDISI UKAS

Share

add comment