JUMAAT, 21 MEI 2021
SUBIS: Rumah Genatan, Sungai Kenyalang, Subis telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan bermula 7 Mei hingga 21 Mei 2021.
Susulan itu, Pusat Khidmat DUN Lambir telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk di sebuah rumah panjang tersebut pada Khamis.
Sebanyak 23 pek bantuan makanan meliputi beras, mi segera, biskut, telur dan air mineral telah diagihkan kepada penduduk.
Mewakili penduduk Rumah Genatan, Tuai Rumah Genatan Dangak mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat yang telah menghantar bantuan makanan bagi meringankan penduduk. -EDISI UKAS