JUMAAT, 21 MEI 2021
ENGKILILI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) N.33 Engkilili telah menghantar 36 pek bantuan makanan kepada penduduk yang dikuarantin di Rumah Empading, Nanga Bunu, Skrang, pada Jumaat.
Sumbangan bantuan makanan kemudian diserahkan kepada 36 ketua isi rumah (KIR) bagi meringankan beban mereka.
Bantuan tersebut adalah susulan daripada keputusan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengarahkan penduduk rumah panjang untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 12 hingga 25 Mei 2021.
Sehubungan itu, segala pergerakan penduduk diawasi oleh pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Penduduk rumah panjang merakamkan penghargaan kepada GPS Engkilili yang prihatin dengan rakyat terutamanya menghadapi wabak COVID-19. –EDISI UKAS