Tabau Plantation Sumbang Dua Unit Kipas Untuk Kemudahan Di PPV Dewan Sukan Tatau

JUMAAT, 21 MEI 2021

TATAU: Tabau Plantation Sdn. Bhd telah menyampaikan sumbangan berupa dua unit kipas bagi kemudahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sukan Tatau pada Khamis. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan Charlie Lunyong yang mewakili Tabau Plantation kepada Pemangku Pegawai Daerah Tatau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusan Bencana Daerah Tatau Calvin Ligong. 

Dalam ucapan ringkasnya, Calvin mengucapkan terima kasih kepada Tabau Plantation di atas sumbangan kipas ini yang  akan memberi keselesaan dan kelancaran dalam Program Pemberian Vaksin di Dewan Sukan Tatau selepas ini. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian. -EDISI UKAS