Vaksin Astrazeneca, Tindakan Baik Kerajaan Bendung Penularan Wabak COVID-19

JUMAAT, 21 MEI 2021

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggandakan usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 dengan membenarkan penggunaan satu lagi jenama vaksin iaitu vaksin Astrazeneca dalam Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan

Bagi Pegawai Perubatan, Muhammad Fathee Basree, kelulusan tersebut merupakan tindakan yang baik bagi meningkatkan peratusan penduduk Sarawak mendapatkan vaksin.

Jelasnya, sejak pengunaan vaksin itu pada awal bulan Mei, tiada klien yang menunjukkan kesan sampingan yang serius.

“Itu adalah satu tindakan yang baik kerana kita mendapati apabila  kerajaan mengunakan pada awal bulan Mei, tiada  klien yang menunjukkan kesan sampingan yang serius

“Jadi saya rasa, apabila kemasukan Astrazeneca akan mampu meningkatkan peratus penduduk Sarawak untuk mendapat vaksin. Saya rasa ia satu tindakan yang bagus,” katanya ketika ditemui di Kuching pada Rabu.

Dalam pada itu, orang awam yang dikenali sebagai Helen Bong ketika ditemui berkata, beliau bersetuju dengan penggunaan vaksin itu untuk melindung diri.

“Saya setuju dengan vaksin ini, kalau ada vaksin kita ada pelindung untuk diri kita sendiri. Mari kita semua dapatkan suntikan ini,”katanya.-EDISI UKAS

Share

add comment