SABTU, 22 MEI 2021
LAWAS: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Latihan Kemajuan Islam Malaysia (ILKIM), Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Daerah Lawas ini telah bermula pada Khamis.
Ianya akan berakhir sebaik sahaja kesemua 162 menerima suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, masih ada penerima vaksin yang tidak hadir tanpa alasan sehingga menyebabkan program ini tidak mencapai matlamatnya.
Dalam temu bual Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama penerima vaksin, kebanyakan mereka yang hadir dan menerima vaksin COVID-19 melahirkan rasa syukur kerana telah menerima suntikan vaksin COVID-19
Awang Ibrahim, dari Airport View, Lawas, ketika ditemui di PPV ILIM JAKIM Daerah Lawas pada Khamis melahirkan rasa syukur kerana telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos kedua dan menggesa orang ramai khususnya di Lawas untuk segera mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
“Saya bersa bersyukur telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos kedua.
“Bagi saya ini amat penting untuk menjaga diri saya sendiri dan orang lain.
“Saya juga berharap kepada yang belum menerima vaksin ini berbuat dengan segera untuk kepentingan kita dan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Yong kong Tee dari Kampung Sloting, Lawas memberitahu beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan sebaik mengambil kedua-dua dos vaksin COVID-19 dan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu mengenai kesan vaksin COVID-19.
“Selepas saya mendapat dos pertama vaksin COVDI-19 sehingga kini tiada apa-apa kesan sampingan.
“Pada hari ini saya datang menerima dos kedua dan tidak menerima apa-apa kesan yang boleh menganggu kesihatan saya.
“Saya berharap masyarakat di luar yang masih belum mendaftar untuk mendaftar dan segera mendapatkan vaksin untuk lindungi diri dan orang lain,” katanya. -EDISI UKAS