50 Buah Rumah Panjang DUN Kabong Terima Sumbangan Sentuhan Gawai ADUN Kabong

SABTU, 22 MEI 2021

KABONG: Sebanyak 50 buah rumah panjang yang memiliki 996 pintu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima sumbangan makanan bersempena dengan Program Sentuhan Gawai ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir bagi tahun 2021.

Program yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 21 Mei dan berakhir 22 Mei 2021 tersebut adalah bertujuan menzahirkan rasa terima kasih ADUN Kabong kepada semua penduduk rumah panjang di kawasan Kabong tanpa mengira sentimen politik dan juga atas sokongan yang diberikan kepada beliau.

Penerima sumbangan adalah berdasarkan rekod yang dihantar oleh setiap Tuai Rumah kepada pihak Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Walaupun ADUN Kabong sukar untuk berjumpa penduduk berikutan akur kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun sumbangan sebegini membuktikan kepedulian beliau kepada semua penduduk rumah panjang. – EDISI UKAS

Share

add comment