ADUN Batu Danau Lawat Mangsa Banjir Di PPS Ukong

SABTU, 22 MEI 2021

LIMBANG: Banjir tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Palus Palu Gumbang turun padang dan meninjau sendiri mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Ukong pada Jumaat. 

Untuk ke PPS Dewan Ukong, Paulus telah meredah jalan raya yang dinaiki air setinggi hampir satu kaki. 

Dalam tinjauan itu, beliau telah berjumpa dengan petugas seperti anggota Bomba dan Penyelamat, staf Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan staf perubatan Klinik Kesihatan Medamit dan diberikan taklimat oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhubung dengan situasi semasa banjir yang berlaku. 

Sehingga Jumaat, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Ukong ini ialah 28 orang iaitu 12 dewasa, 9 kanak-kanak, seorang bayi dan enam lagi warga emas. 

Ini merupakan PPS kedua yang dibuka di Daerah Limbang dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia