ADUN Layar Sumbang 2300 Bantuan Makanan Bersempena Hari Gawai

SABTU, 22 MEI 2021

BETONG: Setiap ketua isi rumah (KIR) dari 90 buah rumah panjang di DUN Layar bakal menerima bantuan makanan bersempena perayaan Hari Gawai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu.

Berucap dalam majlis simbolik penyampaian sumbangan tersebut pada Sabtu, beliau memberitahu sebanyak 2300 set makanan akan diagihkan dalam masa yang terdekat.

Pada masa sama, Gerald turut berkesempatan menasihati ketua masyarakat dan para tuai rumah agar sentiasa memperingatkan anak buah berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Gawai.

“Sambutan pula mungkin akan dirasakan janggal kerana hanya dibenarkan di dalam bilik masing-masing.

“Walaupun janggal dan berat, tetapi kita semua harus berhadapan dengan situasi yang mencabar ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Untuk makluman, sumbangan ini akan diagihkan dan dihantar kepada semua KIR yang bakal menyambut perayaan Hari Gawai bermula esok.-EDISI UKAS

Share

add comment