Bantuan Makanan Segera Diagihkan Kepada Penduduk Terjejas Banjir Di Daerah Kecil Mulu

SABTU, 22 MEI 2021

MULU: Penghantaran bantuan makanan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri kepada penduduk yang terjejas banjir di Daerah Kecil Mulu selamat sampai pada Sabtu.

Pesawat khas ‘Twin Otter’ MasWing digunakan bagi penghantaran bantuan makanan memandangkan keadaan Sungai Tutoh dan Melinau masih lagi deras dan merbahaya. 

Pesawat tersebut tiba di Lapangan Terbang Mulu pada jam 2.45 petang.

Sebaik tiba, bantuan makanan segera dihantar ke Kampung Long Iman dengan menggunakan bot yang turut dipantau dan dibantu Pasukan Bomba Bantuan MOCSAR Mulu. 

Kampung Long Iman terjejas teruk dalam kejadian banjir pada 20 Mei 2021 lalu. 

Selain kampung ini kampung-kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Melinau, Kampung Batu Bungan dan Kampung Long Terawan.

Turut sama dalam penghantaran bantuan makanan itu ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala. -EDISI UKAS

Share

add comment