SABTU, 22 MEI 2021
TINJAR: Seramai 53 orang bekas kontak rapat COVID-19 yang telah selesai menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Miri dihantar pulang ke rumah panjang asal mereka di Tinjar pada Sabtu.
Mereka adalah bekas kontak rapat COVID-19 kepada Kluster Long Jegan, Beluru seperti yang diistiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 1 Mei 2021 (kenyataan media JPBN Bil.121/2021).
Penghantaran pulang menggunakan bas daripada PKRC Miri ke Lapok, Tinjar dan seterusnya menggunakan Ekpres Bot daripada Lapok, Tinjar ke penempatan di Long Jegan dan Long Tisam. -EDISI UKAS