Penduduk Kampung Rangawan Yang Dikuarantin Terima Bantuan Makanan

SABTU, 22 MEI 2021

SIMUNJAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris melalui Pusat Khidmat DUN telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang dikuarantin di Kampung Rangawan, Sadong Jaya pada Jumaat.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy  Ariffen bersama Ketua Kaum Kampung Rangawan, Tegak Matnor serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rangawan kepada lapan Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan beban mereka.

Bantuan tersebut adalah susulan daripada arahan kuarantin di rumah kepada keluarga tersebut yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif di Daerah Asajaya baru-baru ini. -EDISI UKAS

Share

add comment