PKPD Kampung Boyan Kuching, Penduduk Diminta Beri Kerjasama

SABTU, 22 MEI 2021

KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Boyan , Kuching berkuatkuasa mulai 21 Mei sehingga 3 Jun 2021.

Keputusan tersebut dibuat memandangkan kes positif COVID-19 yang dikesan dari kampung berkenaan semakin meningkat dan inisiatif sedemikian bertujuan mengawal wabak itu daripada terus menular.

Sehubungan dengan itu, penduduk kampung dinasihatkan agar mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan disamping memberi kerjasama baik kepada petugas barisan hadapan, dalam usaha sama menghentikan jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment