Sumbangan Geran Untuk 18 JKKK Rumah Panjang Di DUN Meradong

SABTU, 22 MEI 2021

MERADONG: Sebanyak 18 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang di kawasan Sg Kelupu, Sg Labas, Sg Tulai dan Sg Mador dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong menerima geran yang bernilai RM38,900.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semasa berucap ringkas dalam majlis penyerahan tersebut pada Jumaat berkata, beliau berharap setiap JKKK yang menerima geran tersebut akan membelanjakan peruntukan yang diberikan dengan amanah dan telus.

Upacara ringkas penyerahan geran tersebut diadakan dalam norma baharu dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti tidak naik ke rumah panjang.

Di samping itu, beliau turut menasihati setiap Tuai Rumah untuk sentiasa memantau keadaan anak buah di rumah panjang mereka dalam keadaan daerah itu yang masih lagi dalam zon merah bagi memastikan keselamatan warga emas sentiasa dipelihara dan dilindungi.

Tambah Datuk Ding lagi, beliau juga berharap Tuai Rumah sentiasa memastikan setiap penduduk rumah panjang meraikan sambutan Hari Gawai secara sederhana bersama ahli keluarga dan mematuhi mematuhi SOP.-EDISI UKAS

Share

add comment