Tempahan Vaksin Astrazeneca Untuk Warga Emas Bermula 23 Mei 2021

SABTU, 22 MEI 2021

KUCHING :  Pasukan Bertindak Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) akan membuka pendaftaran tempahan vaksin Astrazeneca untuk warga emas 60 tahun keatas bagi lima negeri yang dipilih bermula 23 Mei 2021 (Ahad).

Tempahan dibuka kepada warga emas yang berminat untuk mendapatkan vaksin Astrazeneca mengikut masa dan lokasi yang dipilih oleh penerima vaksin tersebut. 

Masa tempahan dibuka pada jam 12:00 tengah hari, di laman web www.vaksincovid.gov.my

Selain Sarawak, negeri lain yang terlibat adalah Johor, Selangor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.-EDISI UKAS

Share

add comment