166 Warga Emas Dan Golongan Rentan Terima Vaksin COVID-19

AHAD, 23 MEI 2021

TATAU: Seramai 166 orang yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau. 

Ini merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit berisiko tinggi. 

Terdahulu, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah menghabiskan masa selama sejam bagi meninjau proses pemberian vaksin COVID-19.

Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) turut menyediakan tiga buah khemah untuk membantu kelancaran proses imunisasi yang dijalankan.

Sepanjang lawatan itu, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pemberian vaksin yang diuruskan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dibantu oleh sukarelawan MyVacc.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu Kigen Satong dan Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian. -EDISI UKAS

Share

add comment