41 Buah Rumah Panjang Dan Kampung Melayu DUN Meradong Terima Geran JKKK

BINTANGOR: Sebanyak 41 buah rumah panjang dan kampung Melayu kawasan Sungai Meradong, Skim B, Ulu Meradong, Sungai Pidi dan Sungai Bakong Bintangor menerima geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing memaklumkan sejumlah RM50,500 peruntukan disalurkan melalui sumbangan geran JKKK tersebut kepada 41 JKKK rumah panjang dan kampung Melayu terbabit.

“Sumbangan ini sebagai pengganti program sambutan perayaan Gawai Raya yang tidak dapat dijalankan ekoran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam program penyerahan geran JKKK tersebut pada Sabtu.

Untuk itu, beliau berharap setiap JKKK yang menerima untuk membelanjakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.-EDISI UKAS

Share

add comment