Lagi 300 Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa Kedua Daerah Lundu

AHAD, 23 MEI 2021

LUNDU: Seramai 300 orang warga emas di daerah Lundu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Ahad.

Rata-rata penerima merupakan warga emas yang berusia dari 70 hingga 85 tahun.

Sementara itu, ketika ditemui, para penerima vaksin merakamkan penghargaan kepada agensi yang terlibat dalam memastikan kelancaran program dengan menyediakan perkhidmatan kerusi roda untuk digunakan oleh individu yang memerlukan.-EDISI UKAS

Share

add comment