Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Disanitasi, Cegah Penularan COVID-19

AHAD, 23 MEI 2021

SEBUYAU: Bangunan Pejabat Daerah Kecil Sebuyau telah disanitasi oleh petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan pada Ahad.

Program sanitasi itu adalah langkah penjagaan dan pengawasan berterusan dalam memastikan kakitangan terus terhindar daripada penularan gejala COVID-19.

Pegawai Kesihatan Daerah Simunjan memaklumkan bahawa sanitasi itu adalah untuk menyahut saranan kerajaan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan kes COVID-19.

Beliau berharap agar program itu dapat dikekalkan dan diteruskan agar kesihatan kakitangan dan orang awam sentiasa berada di dalam keadaan baik dan terjamin.

Kawasan yang diberikan keutamaan dalam kerja-kerja sanitasi adalah meliputi seluruh ruang pejabat, pekarangan hadapan pejabat dan kawasan yang mana berisiko disebabkan sering terdedah kepada orang awam yang berurusan dengan pihak pejabat.-EDISI UKAS

Share

add comment