Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong Bantu Mangsa Kebakaran Di Kampung Pantong Melayu

AHAD, 23 MEI 2021

SIMUNJAN: Sebuah rumah musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pantong Melayu, Simunjan pada petang Sabtu.

Susulan kejadian pada pukul 4.15 petang itu,kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong bergegas ke kampung tersebut untuk meninjau keadaan di situ.

Tepat pukul 7.30 malam, kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong telah sampai ke rumah mangsa kebakaran, Zainul Talip bagi meninjau dan melawat sendiri keadaan rumah yang musnah 100 peratus itu.

Rumah milik Zainul Talip itu telah terbakar sepenuhnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan

Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong akan berusaha untuk membantu dalam membaik pulih kediaman mangsa di bawah peruntukan Bencana Batang Sadong.

Hadir dalam lawatan tersebut adalah wakil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Awang Safri Awang Ahmad dan Ketua Kampung Pantong Melayu, Zamahari Razali.-EDISI UKAS

Share

add comment